Langkau ke kandungan
Pendaftaran 2027 kini dibuka — tempah lawatan anda!
Suasana kelas di Afwah Cilik Genius
Jimat RM50 — daftar sebelum 31 Disember

Tadika & Playschool Montessori di Taman Bukit Mutiara, Johor Bahru

Seronok Belajar, Seronok Bermain

Montessori Childhood Education · Playschool · Tadika · Transit · Taman Bukit Mutiara, JB

Tatal untuk teroka
  • Berdaftar JKM & KPM No. pendaftaran: J5A1373
  • Montessori Belajar melalui bahan dan aktiviti hands-on.
  • No Screen Time Tiada TV, tiada gajet — sepanjang hari.
  • Saringan Denver setiap tahun Saringan perkembangan bersama Dr Kamrul.

Tiga servis, satu tempat

Playschool, Tadika & Transit

Dari langkah pertama si kecil hingga selepas waktu sekolah — adik-beradik boleh dihantar ke satu tempat yang sama.

Kelas Playschool dengan tikar permainan nombor dan rak Montessori
Taska Afwah Cilik Genius — Playschool

Playschool

2–3 tahun

  • 7.30 pagi – 5.00 petang
  • Penjagaan sehingga 6.30 petang

Langkah pertama si kecil — Modul Permata dan Montessori dalam suasana yang lembut dan selamat.

  • Modul Permata (JKM) + Montessori
  • Latihan tandas secara berperingkat
  • Waktu tidur & solat
Kelas Tadika yang kemas dengan meja kecil dan rak bahan Montessori
Tadika Afwah Cilik Genius — Tadika

Tadika

4–6 tahun

  • Halfday 8.00 pagi – 12.00 tengah hari (penjagaan 7.00 pagi – 1.00 tengah hari)
  • Fullday sehingga 6.30 petang

Bersedia ke sekolah dengan KSPK, Montessori dan Modul TACG — dwibahasa setiap hari.

  • KSPK (KPM) + Montessori
  • Modul TACG eksklusif
  • Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris setiap hari
Ruang Transit dengan meja panjang untuk kerja sekolah
Transit Afwah Cilik Genius — Transit

Transit

7 tahun ke atas

  • Selepas waktu sekolah hingga 6.30 petang

Tempat yang selamat selepas sekolah untuk menyiapkan kerja sekolah sementara menunggu ibu bapa.

  • Untuk murid 7 hingga 17 tahun
  • Ruang belajar untuk kerja sekolah
  • Sehingga 6.30 petang

Semua di satu tempat, 7.00 pagi – 6.30 petang

Kenapa Afwah

Montessori, tanpa gajet, penuh aktiviti

Tangan kanak-kanak menyusun silinder berpemegang Montessori

Ibu bapa memilih Afwah Cilik Genius kerana kami menggunakan teknik Montessori tanpa gajet, modul yang eksklusif, selamat, berdaftar dan penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan.

  • Montessori

    Anak meneroka dan belajar mengikut rentak sendiri, dengan bimbingan guru.

  • Modul Khas Eksklusif

    Modul TACG: Si Petani Cilik, Si Cilik Sains dan Si Chef Cilik.

  • Berdaftar JKM & KPM

    Berdaftar secara rasmi — anak mengikuti kurikulum kebangsaan yang diiktiraf.

  • Persekitaran Kondusif

    Persekitaran yang selamat dan kondusif untuk belajar (Safe Environment).

  • KSPK

    4 tahun ke atas

    Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan — modul wajib KPM.

  • Modul Permata

    Bawah 4 tahun

    Modul asuhan dan didikan awal JKM untuk si kecil.

  • Pendekatan Montessori

    Pengurusan diri, bahasa, sensori, matematik, budaya dan adab.

  • Pendidikan Islam

    Diajar dengan pendekatan Montessori dan diamalkan melalui solat serta doa harian.

Visi kami

Melahirkan kanak-kanak yang percaya kepada diri sendiri, berdikari dan rasa dihargai.

Misi kami Mencipta aktiviti yang berkait dengan kehidupan seharian kanak-kanak.

No Screen Time

Tiada TV. Tiada gajet.

Tangan sibuk, minda membesar.

Di Afwah, anak belajar dengan menyentuh, menyusun, menuang dan mencuba sendiri — bukan dengan menatap skrin. Itulah sebabnya kami tidak menggunakan sebarang gajet, dari pagi hingga petang.

  • Tiada TV di dalam kelas
  • Tiada tablet atau telefon untuk murid
  • Belajar dengan tangan: blok, puzzle, practical life
  • Aktiviti penuh dari pagi hingga petang
Tangan kanak-kanak bermain dengan bahan Montessori
Aktiviti memindah bijirin dengan sudu di Afwah

Sehari di Afwah

Apa anak buat sepanjang hari?

Jadual sebenar kelas kami, dari pagi hingga petang. Pilih Playschool atau Tadika.

Playschool · 2–3 tahun

  1. Ruang main pagi Playschool

    Selamat datang, anak permata

    Anak disambut mesra dan memulakan hari dengan aktiviti bebas.

  2. Meja sarapan kanak-kanak

    Sarapan pagi

    Sarapan bersama rakan — belajar makan sendiri dengan tertib.

  3. Papan Kalendar Saya untuk circle time

    Circle Time

    Bulatan pagi dengan salam, lagu dan cerita. Setiap Selasa: senamrobik!

  4. Aktiviti kraf Permata

    Aktiviti Permata

    Aktiviti Modul Permata mengikut hari — BKLA, DPDP, E&K, AMPL dan SSEK.

  5. Menyepit dari dulang — Montessori practical life

    Montessori: Practical Life

    Menuang, menyepit dan memindah — kemahiran harian yang melatih jari dan fokus.

  6. Main air dengan kulit kerang

    Nature Walk / Main Air

    Meneroka alam di sekitar atau bermain air sambil belajar.

  7. Mencuci tangan di sinki

    Makan tengah hari & pengurusan diri

    Makan tengah hari, kemudian gosok gigi dan mandi — belajar menjaga diri.

  8. Solat Zuhur

    Belajar solat berjemaah bersama guru.

  9. Waktu tidur di katil individu

    Tidur / rehat

    Waktu rehat yang tenang di katil masing-masing.

  10. Puzzle abjad kayu

    Bercerita & literasi awal

    Cerita, buku bergambar dan mengenal huruf.

  11. Menanggal pita pelekat — motor halus

    Aktiviti sensori / pratulis

    Bermain dengan tekstur dan melatih jari untuk menulis.

  12. Rak kasut dan beg di pintu — waktu pulang

    Solat Asar & refleksi

    Solat Asar, imbas kembali hari ini — dan bersedia untuk pulang.

Susu & snek buah pada 10.45 pagi, minum petang pada 3.30 petang. Penjagaan disediakan sehingga 6.30 petang.

Singkatan Aktiviti Permata
BKLA
Bahasa, Komunikasi & Literasi Awal
DPDP
Deria & Pemahaman Dunia Persekitaran
E&K
Estetika & Kreativiti
AMPL
Awal Matematik & Pemikiran Logik
SSEK
Sahsiah, Sosioemosi & Kerohanian
FIZ
Fizikal

Tadika · 4–6 tahun

BMBI Dwibahasa setiap hari · Isnin – Jumaat

  1. Kelas Tadika sebelum perbualan awal

    Perbualan Awal

    Bersembang dan berkongsi cerita untuk memulakan hari.

  2. Mewarna lembaran Bahasa Inggeris

    Bahasa & nilai

    Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam & Moral atau Fizikal — mengikut hari.

    BM BI

  3. Ruang main bebas

    Main Bebas

    Anak memilih sendiri aktiviti di sudut-sudut kelas.

  4. Eksperimen roda kertas dan straw

    Sains & Matematik Awal

    Sains, Matematik Awal, Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu — mengikut hari.

    BM BI

  5. Rehat & snek

    Snek berkhasiat dan rehat sebentar.

  6. Aktiviti hands-on dalam dulang tanah

    Aktiviti Pembelajaran

    Aktiviti hands-on: projek, eksperimen dan kerja tangan.

  7. Rak kasut dan beg — waktu pulang Halfday

    Penutup

    Imbas kembali pelajaran hari ini, kemudian murid Halfday pulang.

    Halfday pulang

  8. Sambungan Fullday 12.00 tengah hari – 6.30 petang

    Makan tengah hari & mandi

    Makan tengah hari bersama, kemudian mandi dan bersiap.

  9. Sejadah untuk solat Zuhur

    Solat Zuhur & Sirah

    Solat Zuhur berjemaah, diikuti kisah Sirah (Sirah story time).

  10. Waktu tidur Fullday

    Waktu tidur

    Rehat dan tidur di katil masing-masing.

  11. Puzzle abjad dengan bimbingan guru

    Membaca

    Waktu membaca buku — Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

    BM BI

  12. Minum petang & Solat Asar

    Minum petang, kemudian Solat Asar berjemaah.

  13. Kraf tangan dengan gam dan kertas

    Aktiviti petang

    Aktiviti berbeza setiap hari:

    • Isnin: Budaya
    • Selasa: Stage Time
    • Rabu: Kraf
    • Khamis: Permainan Tradisional
    • Jumaat: Aktiviti Keagamaan

Penjagaan Halfday 7.00 pagi – 1.00 tengah hari; Fullday sehingga 6.30 petang.

Modul eksklusif

Modul TACG

Tiga modul khas Afwah Cilik Genius — anak belajar sains, alam dan kemahiran hidup dengan tangan sendiri.

Si Petani Cilik
Tangan kanak-kanak menanam sawi dalam dulang tanah

Si Petani Cilik

Menanam & menjaga tanaman

Anak menyemai, menyiram dan melihat sendiri anak benih membesar — belajar sabar dan bertanggungjawab.

  • Menyemai
  • Menyiram
  • Memerhati
Si Cilik Sains
Eksperimen gunung berapi berbuih merah jambu di Afwah

Si Cilik Sains

Eksperimen ringkas

Eksperimen selamat yang membuat anak bertanya "kenapa?" — dari gunung berapi berbuih hingga roda kertas.

  • Bertanya
  • Meramal
  • Menguji
Si Chef Cilik
Tangan kanak-kanak memotong buah dengan pisau keselamatan

Si Chef Cilik

Latihan penyediaan makanan

Memotong buah dan sayur dengan pisau keselamatan serta menyediakan snek ringkas — kemahiran hidup yang sesuai dengan umur.

  • Kemahiran hidup
  • Motor halus
  • Makanan sihat

Bahasa & nilai

Dwibahasa, berteraskan nilai Islam

Murid Afwah duduk di atas sejadah semasa sesi pendidikan Islam

Pendidikan Islam

Nilai dan amalan Islam diterapkan setiap hari dengan cara yang anak faham dan suka.

  • Pendidikan Islam dengan pendekatan Montessori
  • Solat Zuhur & Asar berjemaah
  • Kisah Sirah (Sirah story time)
  • Doa harian

Dwibahasa setiap hari

Slot Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ada dalam jadual setiap hari — anak biasa mendengar, membaca dan bercakap dalam kedua-dua bahasa.

BM BI

Program bacaan

Anak dibimbing membaca melalui program yang tersusun:

  • Iqra'
  • Jawi
  • Bacalah Anakku
  • Read Easy
  • Bahasa Arab
  • Mari Membaca

App ibu bapa

Hari anak anda, di tapak tangan

Ibu bapa murid Afwah menerima akaun app sendiri — tahu apa anak makan, bila dia tidur dan apa yang dipelajari hari ini.

  • Buku Log harian Makan, tidur dan aktiviti anak setiap hari — terus ke telefon anda.
  • Kemajuan bacaan & hafazan Ikuti kemajuan bacaan dan hafazan anak dari semasa ke semasa.
  • Notifikasi segera Makluman penting daripada tadika, tanpa terlepas.
  • Bayar yuran dalam talian Semak dan jelaskan yuran dari mana-mana sahaja.
  • Saringan Denver Keputusan saringan perkembangan tahunan bersama Dr Kamrul.

Sudah berdaftar? Log masuk ke app

Kemudahan & keselamatan

Ruang selamat untuk meneroka

Setiap sudut disediakan untuk kanak-kanak — dan setiap pintu dikawal untuk ketenangan ibu bapa.

  • Kelas bertingkap tinggi yang terang

    Kelas bertingkap tinggi

    Kelas yang terang dengan cahaya semula jadi.

  • Ruang main dalaman dengan gelongsor, buaian dan Pikler

    Ruang main dalaman

    Gelongsor, buaian dan Pikler untuk bergerak aktif.

  • Bilik tidur dengan katil individu kanak-kanak

    Bilik tidur katil individu

    Setiap anak berehat di katilnya sendiri.

  • Sudut bacaan dengan khemah dan rak buku

    Sudut bacaan

    Buku pilihan untuk dibaca bersama guru dan rakan.

  • 15 murid maksimum sekelas Kelas kecil — setiap anak dikenali dan diberi perhatian.
  • Monitor CCTV (paparan dikaburkan)

    CCTV

    Kawasan tadika dipantau kamera litar tertutup.

  • Access Card

    Pintu masuk dikawal dengan kad akses.

  • Interkom di pintu masuk

    Interkom

    Pintu dibuka oleh staf dari atas — tiada orang luar masuk sesuka hati.

  • Tandas kanak-kanak dengan tangga latihan

    Tandas kanak-kanak

    Saiz kanak-kanak, dengan tangga latihan.

  • Pemadam api di koridor

    Keselamatan

    Pemadam api, pagar keselamatan dan tanda keluar.

  • Tangga kecemasan

    Laluan keluar sekiranya berlaku kecemasan.

  • Ruang belajar Transit dengan barisan meja dan bangku

    Ruang Transit

    Meja dan bangku untuk menyiapkan kerja sekolah.

Sepanjang tahun

Aktiviti tahunan

Sambutan, lawatan dan persembahan yang anak tunggu-tunggu setiap tahun.

  1. Parent Teacher Meeting

    Ibu bapa dan guru berbincang tentang perkembangan anak.

  2. Sambutan Hari Raya

    Beraya bersama rakan dan guru.

  3. Hiasan bendera sempena Hari Kebangsaan

    Sambutan Hari Kebangsaan

    Mengenal dan menyayangi tanah air.

  4. Sambutan Maulidur Rasul

    Menghayati kisah dan teladan Nabi Muhammad.

  5. Sambutan Hari Lahir

    Meraikan hari istimewa setiap anak.

  6. Hari Sukan

    Acara sukan dan permainan yang menyeronokkan.

  7. Program Pendidikan Haji Cilik

    Mengenal ibadah haji melalui aktiviti yang menyeronokkan.

  8. Hari Kanak-kanak

    Hari istimewa untuk anak-anak bergembira.

  9. Sesi Bergambar

    Kenangan tahunan bersama rakan sekelas.

  10. Mini Konsert (Konvokesyen)

    Persembahan di pentas dan majlis konvokesyen.

  11. Trip & Learn

    Lawatan sambil belajar di luar tadika.

Testimoni

Kata ibu bapa

Baca pengalaman sebenar ibu bapa di profil Google kami — atau kongsikan pengalaman anda sendiri.

Lihat penilaian bintang dan ulasan penuh di Google Maps.

Ulasan dari Google Maps

Ulasan tidak disahkan oleh Google, tetapi Google menyemak dan membuang kandungan palsu apabila dikenal pasti. Ketahui lebih lanjut

Ada cadangan atau perkara yang perlu kami perbaiki? Beri maklum balas

Yuran & Tawaran

Yuran 2027

Yuran tahunan dan bulanan setiap program — jelas dari awal. Butiran penuh diterangkan semasa lawatan.

Tawaran daftar awal

Daftar sebelum 31 Disember 2026 — jimat RM50 yuran tahunantinggal 55 hari

Hadiah payung percuma — siapa cepat dia dapat!

Harga tertakluk kepada perubahan.

Soalan lazim

Soalan yang ibu bapa selalu tanya

Tidak jumpa jawapan yang anda cari? Kami sedia membantu.

Berapa ramai guru di Tadika dan Playschool?

Kami mempunyai 7 tenaga pengajar: 3 guru Tadika, 3 guru Playschool dan seorang pembantu. Bilangan guru ditambah mengikut bilangan murid supaya nisbah guru kepada murid kekal selamat.

Berapa ramai murid dalam satu kelas Tadika?

Maksimum 15 orang murid sekelas.

Anak saya masih memakai lampin. Adakah dia diterima?

Ya. Sila bekalkan lampin dan seluar yang mencukupi. Guru akan melatih anak secara berperingkat — contohnya 20 minit tanpa lampin, kemudian dipanjangkan sedikit demi sedikit. Melihat rakan-rakan ke tandas juga membantu mempercepat proses ini.

Anak saya masih minum susu botol. Boleh?

Boleh, susu boleh dibekalkan. Di rumah, galakkan anak menggunakan cawan atau botol berstraw — guru akan membantu pembiasaan di tadika.

Adakah waktu tidur wajib?

Semua anak diminta berbaring semasa waktu rehat. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa — tujuannya supaya anak mendapat rehat yang mencukupi.

Apakah waktu operasi?

Fullday: 7.00 pagi – 6.30 petang (selepas 6.31 petang dikenakan caj RM10 sejam).

Halfday: 7.00 pagi – 1.00 tengah hari, tanpa makan tengah hari (selepas 1.01 tengah hari dikenakan caj tambahan).

Isnin hingga Jumaat. Sabtu, Ahad dan cuti umum tutup.

Apa yang perlu dibawa untuk Fullday?

2 pasang baju, tuala dan plastik untuk baju kotor; berus dan ubat gigi, sabun, sikat dan bedak; susu dalam bekas pembahagi serta botol yang bersih (jika perlu).

Perlukah saya naik ke atas untuk menghantar atau mengambil anak?

Tidak perlu. Guru akan menyambut dan membawa anak naik dan turun. Pada hari hujan, maklumkan anggaran waktu ketibaan anda.

Bolehkah anak membawa bekal?

Boleh.

Berapakah yurannya?

Senarai yuran dan tawaran semasa ada di bahagian Yuran & Tawaran. Butiran penuh boleh diperoleh semasa lawatan atau melalui WhatsApp kami.

Lihat Yuran & Tawaran

Betulkah tiada gajet langsung?

Ya. Kami mengamalkan No Screen Time: tiada TV dan tiada gajet. Anak belajar melalui aktiviti hands-on.

Apakah saringan Denver?

Saringan perkembangan tahunan bersama Dr Kamrul. Ibu bapa menerima gambaran terperinci tentang perkembangan anak.

Transit untuk siapa?

Untuk murid berumur 7 hingga 17 tahun selepas waktu sekolah, sehingga 6.30 petang.

Lokasi

Jom lawat kami

Tempah temujanji untuk melihat sendiri kelas, ruang bermain dan suasana di Afwah.

Bangunan Tadika Afwah Cilik Genius di Taman Bukit Mutiara, Johor Bahru
Tempah Temujanji WhatsApp kami